Creation Details
Prompt: “pada petang yang tenang,ada seorang pencuri yang mencuri 100 ringgit dari seorang yang kaya,Alif.Polis sudah berusaha mencari pencuri itu dengan pelbagai cara, tetapi tidak berhasil mendapatkannya.kerana Alif sudah putus asa,dia mengumumkan bahawa dia akan memberi separuh daripada duit itu kepada pencuri itu jika dia mengembalikan duit itu.Tetapi pencuri itu tidak mahu mengembalikan duit itu.kes itu menjadi semakin rumit, niat baik Alif itu tidak didengarkan. Akhirnya Alif membuat pertandingan sesiapa pun yang berhasil menangkap pencuri itu dia akan mendapat 80 ringgit. Ramai yang mencubanya, tetapi tidak berhasil.Seorang penduduk berkata kepada raja "kenapa tak suruh Qayyum je selesaikan kes ni?" "Qayyum tak ada dekat sini, dia pergi ke Damsir" jawab raja. "bila dia akan balik?" ucap penduduk "dua hari lagi" jawab raja.pencuri itu mendengarkannya, dia berasa semakin gelisah.sua hari kemudian, Qayyum sudah balik daripada Damsir,Qayyum menerima tawaran itu. Keesokan harinya, seluruh penduduk kampung di minta berkumpul di istana raja. Qayyum datang dengan membawa banyak tongkat yang sama panjang Qayyum memberi tongkat itu kepada semua penduduk termasuk pencuri itu.Kemudian Qayyum berkata "tongkat-tongkat ini akan memanjang jika berada di tangan pencuri itu, esok kamu semua perlu memberikannya kepada saya semula". Pencuri itu semakin gelisah, sehingga tidak boleh tidur, dia pun memotong tongkat itu supaya kelihatan seperti ukuran biasa. Pada pagi esok,semua orang membawa tongkat itu, pencuri itu berasa tenang sebab yakin Qayyum tidak akan boleh mengetahui dirinya pencuri kerana telah memotong tongkat itu. Qayyum pun periksa tongkat satu persatu, ketika giliran pencuri itu, Qayyum pun mengetahui bahawa dia pencuri sebab tongkat yang dibawanya semakin pendek. "dia adalah pencuri itu" jerit Qayyum. "apa buktinya, jangan main tuduh je" ucap pencuri itu sambil ketakutan."buktinya tongkat kamu semakin pendek sebab kamu memotongnya takut semakin panjang, ingatlah, mana ada tongkat yang boleh memanjang. Akhirnya pencuri itu ditangkap dan dihukum. Qayyum pun mendapatkan hadiah 80 ringgit tetapi dia juga berkongsi rezeki itu dengan orang-orang miskin ”
Art Style: Classic Action
Color Mode: Full Color
Panels: 1
Created: